Sunday, August 10, 2008

Overlap Programs on Saturday, 16 August 2008

Guys,

There will be overlapping programs on our convocation day, please follow the instruction on that that day.

See you guys there

Enjoyyy...!!!

********************************************************










UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Malaysia France Institute
Seksyen 14, Jalan Teras Jernang,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +60389262022
Fax: +60389258845


Sdr/i

Pihak Universiti Kuala Lumpur baru sahaja diberitahu oleh Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) terdapat pertindihan masa antara Majlis Konvokesyen ke-Lima Universiti Kuala Lumpur dengan Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2008 pada 16 Ogos 2008 yang akan datang.

Berikutan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya memohon kerjasama kepada pengunjung Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya termasuk para graduat, tetamu para graduat, tetamu-tetamu UniKL, wargakerja UniKL, petugas-petugas di Konvensyen ke-Lima Universiti Kuala Lumpur supaya meninggalkan majlis dan bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selewat-lewatnya pada pukul 4.00 petang pada 16 Ogos 2008.

Ini ialah kerana semua jalan keluar dan masuk ke Pusat Konvensyen Antabangsa Putrajaya akan ditutup selepas pukul 4.00 petang.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

Sekian, Terima kasih.


Yang benar

Farakh Diba Mohammed
Pengurus
Perkhidmatan Akademik

No comments: