Friday, May 1, 2009

Labour Day

Seloka Hari Pekerja

Pagi-pagi buka mata
Sudah siap nak bekerja
Kerja pulak sini-sana
Segala bahaya sedia ditempa

Kerja untuk dapat upah
Untuk mereka yang di rumah
Terima saja bila dimarah
Oleh boss yang cekik darah

Cukup bulan tunggu gaji
Bayaq bil dan juga ceti
Payslip ada kanan dan kiri
Tapi yang kanan panjang sekaki

Lepas tolak segala potongan
Lemah longlai tak boleh tahan
Baki hanya boleh tahan
Untuk belanja suku bulan

Gaji belum naik lagi
Peniaga sudah menjadi-jadi
Harga beras dan juga roti
Sudah naik berkali-kali

Mintak simpati kat kerajaan ini
Tolong tambahkan sedikit lagi subsidi
Bukan untuk kami nak berjoli
Tetapi untuk nak elak hutang ceti

Tapi kerajaan buat tak kisah
Subsidi barang enggan ditambah
Duit minyak yang melimpah ruah
Untuk subsidikan projek mewah

Kita pekerja hidup merempat
Tapi UMNOputra joli melompat
Kekayaan habis depa lipat
Untuk joli di bar-bar keparat

Begini lah nasib si pekerja
Yang hidup dia tidak terbela
Yang di harap bermaharajalela
Menyelongkar segala harta

Sampai bila hendak begini
Kami sudah tak tahan lagi
Menjadi hamba di negara sendiri
Di sepak ke kanan di terajang ke kiri

Kepada pakatan yang satu lagi
Sekirannya pada mu kuasa diberi
Ingat lah sentiasa kepada kami
Jangan lah kami terus begini

Kami pekerja yang bermaruah
Tak mahu di hina tak mahu diludah
Keperitan ini hentikan sudah
Supaya damai di bumi tuhan




p/s: happy holiday guys :D

No comments: